BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, August 19, 2009

Ganjaran orang yang bersabar menahan marah


عَن اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِيْ, قَالَ: لاَ تَغْضَبْ . فَرَدَّدَ مِرَارَا, قَالَ: لاَ تَغْضَبْ.
( رواه البخاري )


Maksud:
Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa ada seorang lelaki (Abu Darda) telah berkata kepada Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam: “ Berikanlah aku nasihat,”. Baginda bersabda: “Jangan marah”. Maka orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam menjawab: “Jangan marah”.
(Hadith riwayat al-Bukhari)

Dalam hadith di atas, Imam At-Thabari meriwayatkan darinya, aku berkata (Abu Darda): “Ya Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang akan memasukkanku ke dalam syurga?’.Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam menjawab: “Janganlah marah, nescaya kamu akan masuk ke dalam syurga”. Lalu aku mengulanginya soalan yang sama beberapa kali dan semua jawapannya adalah: “Jangan marah “.

0 comments: