BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 19, 2009

Atasi Marah (Cara Islam)


Marah apabila tidak dibendung maka akan membawa perkara yg diluar batasan. Jadi Islam mengajar untuk menahan marah seperti berikut:

PERTAMA

Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dalam menghadapi apa-apa situasi.


KEDUA
Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang lain.

KETIGA
Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yg direjam.
Nabi SAW bersabda maksudnya:
”sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh org yg marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dgn Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam”
(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

KEEMPAT
Orang yg marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yg marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.
Nabi SAW bersabda maksudnya:
”apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

KELIMA

Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yg telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan ketika perasaan marah telah reda.
Nabi SAW bersabda maksudnya:
”apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam
“Nabi saw mengucapkannya 3 kali” (Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

KEENAM

Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yang dicipta daripada api. maka yg demikian, yang dpt memadamkn api adalah air yg dapat diperolehi daripada berwudhuk demikian dgn izin Allah dapat meredakan kemarahan
Nabi SAW bersabda maksudnya:
“sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk” (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

0 comments: